Thursday, December 6, 2007

Jom! Tengok Wayang

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Batu telah menganjurkan program Jom! Tengok Wayang kepada ahli-ahli yang berminat untuk turut serta. Filem yang ditayangkan adalah filem 1957: Hati Malaya. Alhamdulillah, ramai juga ahli Puteri yang hadir semasa tayangan tersebut diadakan di TGV, KLCC.

Filem ini bermula agak baik. Cerita digarap dengan kemas. Satu aspek yang boleh diberikan pujian di dalam filem ini adalah pelakonnya. Pelakon yang melakonkan watak tokoh sangat berkaliber dan cemerlang terutama watak Tunku Abdul Rahman dan Dato’ Onn. Gaya dan lenggok mereka seakan sama dengan apa yang di baca, di dengar dan di tonton daripada video lama. Pelakon lain juga melakonkan watak dengan baik. Babak yang menyentuh hati hampir kesemua ahli Puteri semasa di dalam panggung wayang ketika itu ialah semasa Tunku memohon bantuan kewangan untuk misi ke London menuntut kemerdekaan. Dapat dilihat masing-masing mengalirkan air mata. Mungkin terlalu menghayati jalan ceritanya atau semangat patriotisme yang menebal di dalam setiap individu menjadikan babak tersebut begitu menyentuh perasaan.

Keseluruhannya filem ini amat memuaskan. Rugi jika tidak menontonnya. Kepada mereka yang merasakan filem ini tidak berkualiti dan sering memberi kritikan negatif adalah disarankan menontonnya. Mungkin promosi filem ini agak lembab sedikit, tetapi apa salahnya jika digunakan kaedah mulut ke mulut iaitu dengan menonton filem ini dan menceritakannya kepada rakan-rakan supaya mereka juga sama-sama menonton filem ini. Sokonglah industri filem Malaysia. Datanglah ramai-ramai menonton 1957: Hati Malaya!

8 comments:

Pemuda IKS said...

Salam Perkenalan,

"Memperkasa Generasi Baru"

http://pemudaiks.blogspot.com

Pemuda UMNO
Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

Anonymous said...

Assalamualaikum ..kami mencadangkan untuk mengadakan Seminar Beladiri Wanita kepada Pu3 Umno.Dikendalikan oleh bekas juara silat dunia Master Ruzaidi Abd Rahman. Mudah dan berkesan. Kami juga menyediakan perkhidmatan perubatan tradisional.Harap dapat bekerjasama. Layari ruzaidiabdulrahman.blogspot.com.

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Assalamualaikum.. Salam Perjuangan. Sahabatku, kami dari UMNO Caw. Gombak Selatan begitu bangga dan rasa terharu atas pembabitan anda dalam mengikuti perkembangan politik melalui Blog.

Sama-sama kita memperhebatkan lagi blog kita dalam memberikan informasi sebenar mengenai keikhlasan perjuangan kita.

Kami sentiasa bersama anda.. Hidup UMNO.. Hidup Malaysia..

Sampaikan Salam buat Ketua UMNO Bahagian Batu ikhlas dari Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan


IKHLAS DARI,
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
BAHAGIAN WANGSA MAJU

p/s : Blog anda dlm senarai link kami. Layari www.umnogombakselatan.blogspot.com

SUK PU3 seputeh said...

terima kasih pd PU3 Bah Batu kerana sudi menjemput kami
ke pertandingan boling baru2 ini.
semoga kita bertemu lgi

Anonymous said...

kenapa tidak aktif/??mane pergi pakar² it put3 batu?xkan atas nama jer..dgr² ramai pakai it...xkan blog se simple ini pun xleh handle??

Anonymous said...

jom baca
jom tengok wayang
jom tulis hahhahah
jom aper lagi yang puteri boleh buat yek??
aha... jom kebas laki orang!!

-yang menyampah dengan puteri umno!

Unknown said...

Suka dicadangkan pihak UMNO menghubungi En Saiful 013-365 5715 bagi mengadakan suatu program ceramah tertutup bertajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH. Kumpulan ini terdiri daripada anak-anak murid tok guru pondok yang giat berdakwah secara sukarela menyedarkan masyarakat tentang kekufuran PAS dari segi aqidah. Mereka tidak mengharapkan sebarang bayaran dan apa yang dilakukan ialah bersifat fisabilillah

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [6280] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 750 JUTA , wassalam.